BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Wednesday, 7 December 2011

Kitaran Air

Dalam tahun 1580, Bernard Palissy adalah orang yang pertama menerangkan konsep kitaran air yang ada pada masa kini. Dia menjelaskan bagaimana air menyejat ke udara daripada lautan dan kemudiannya menyejuk membentuk awan. Awan ini bergerak ke daratan dan naik ke atas, meluwap dan kemudiannya jatuh sebagai hujan.
Air ini mengumpul menjadi tasik dan sungai, dan mengalir semula ke lautan dalam kitaran yang berterusan. Dalam Abad Ketujuh Sebelum Masehi , Thales of Miletus mempercayai bahawa renjisan air di permukaan lautan di bawa oleh angin ke daratan kemudian jatuh sebagai hujan.



Mengikut teori ini, air telah meluwap di dalam gua-gua di pergunungan yang sejuk dan kemudian membentuk tasik-tasik bawah tanah yang menjadi sumber air bagi mata air. Tetapi kini kita telah mengetahui bahawa air hujan yang meresap masuk ke dalam tanah melalui rekahan-rekahan tanah menjadi sumber mata air.

Thursday, 24 November 2011

WARNA


LAGU SUKUKATA

video                 
Lagu Sukukata Kanak-kanak Prasekolah..........Enjoy....